W E A R E O N E

ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER BLOGSKIN NEWER OLDER +FOLLOW
Annyeonghaseyo
Clara @ Luhan wife - Nineteen - Seoul

Tagboard

BLOG ARCHIVE;


Credits
Template : ArrienAmani
Big Help : E XO-M
Nice View:Google Chrome
Owner: Your Name
:: Lost friend ::
Posted on Thursday, January 30, 2014 at 11:16 AM | 0 exotic(s)


Hello peeps ~

Saya ingin share 1 cerita. Tapi ia tentang saya. Boleh kahh? Hehe. .

Ok. Kalau ya, skrol sampai bawah ya. :)


Cerita ini berkaitan dengan dua sahabat. Saya dan Wellonica Olga Willie. Dia seorang yang comel, kuat berusaha, suka menilai orang (kadang-kadang), berbadan besar tapi pendek (sorry ya Olga) dan kuat berusaha. Kami mula rapat pada 2012 iaitu semasa berada di kelas yang sama semasa tingkatan 4. Saya rapat dengan dia kerana dia duduk satu kelas dengan dia. Tapi, dia sangat kesian. Saya selalu meninggalkan dia kerana urusan luar (sukan). Dan dia banyak kali marah-marah (tak lah terlampau) saya kerana saya acap kali begitu. Namun, saya tetap menyayanginya. :)

Dia selalu meluah kepada saya tentang boynya yang sebelah kelas dengan kami. Dan selalu menangis kerana lelaki itu. Kami banyak kali melihat bagaimana boynya melayan dia. Sudah diberitahu yang baik putuskan saja tapi dia terlampau sayang dengan boynya. (memanglah.. boynya pun sayang tapi melayan yang lain2)

Naik tingkatan 5, kami masih bersama. Sweet moment. Dia bagitahu semua pasal dia. Malah semasa dia cakap 'break' dengan lelaki itu, dia bawa saya ke tandas dan menangis depan saya. Dia peluk saya lagi. Saya pun speechless dan cuma membiarkan untuk seketika. Lepas kejadian itu, saya berazam untuk berhenti daripada bermain hoki untuk seketika. Pada bulan ke-7 baru dapat berhenti. (=.=) Lama kann?? Em. Dan seperti biasa, masuk ke kelas dan belajar. *banyak sudah yang saya tertinggal kerana tidak mengulang kaji pelajaran* "Sudahlah SPM sudah, makin aktif pula" kata-kata ini terngiang-ngiang di kepala saya. Terus terang, saya memang panas dengan kata-kata itu. Bukannya apa, tapi, itu sangat menyakiti hati. Nasib baik si Olga masih bersama saya dan saya minta ajar Maths. Berkat ajaran dia, saya dapat meningkatkan prestasi pelajaran saya. Dari gred D ke B. Besar kan perbezaan dia? Hehe. . Happy sangat.

Tapi, satu hari ini semasa perhimpunan, di sana saya sangat-sangat sakit hati. Mungkin baru saya sedar yang saya hanya kawan yang hanya mendengar luahan hati dia kali kan. . Tapi saya cover, kawan saya yang satu pun sedar tentang itu. Dia cakap, "janganlah ko hirau tu. Bestfriend 'forever' dia itu. Dia pernah cakap sama saya di hostel dulu". 'Oh. . Ok' Saya biarkan sahaja tapi saya rasa tidak perlu layan dia lagi. Sejak itu, saya menjauh dari dia, dan berkawan dengan kawan-kawan di sebelah kelas. Walaupun begitu, setiap hari saya nangis kerana dia. Sebelum tidur, saya fikir dia. Terlena dengan mata bengkak. Tapi buat apa dia kisah kan. :) I feel so useless. Bermula hal itu, saya diam ja di kelas. Walaupun dia ada cakap dengan saya, saya tetap senyum dan buat macam biasa walaupun hati sakit. Sangat sakit.

Satu hari, dia perasan yang saya selalu menjauh dari dia, dia tanya saya kenapa. Saya hilang idea mahu cari alasan. Tapi bila teringat tentang boy dia, saya cakap " Tiada bah tu. . Saya takut boy ko marah saya saja. . Hehe " . Smiling fake face. Memang saya menipu dia dan menipu diri sendiri. Memang sangat sakit tapi, biarlah. Ini hal saya. Bukan kau. :)

Kami ada trip pergi Tanjung Aru dan having so much fun together. TAPI bukan dengan dia. Dia sibuk bersama boynya. . Sedih tapi, siapalah kami ini kan. :) Namun begitu, kami semua kecuali diorang dua sangat gembira bersama. :) Dan bila kami ada program khas di Adventist Retreat Kundasang, dia tidak datang. Rindunya sama dia. Saya faham akan keluarganya. Ada ahli keluarganya meninggal. It's okay but... Tapi kawan saya yang satu itu, lain-lain kerana boynya turut tidak ada bersama.

Sekembalinya di sekolah, saya buat macam biasa. Depan dia, cakap-cakap banyak and anything else. :) Meriahnya bila bersama dia. Dan saya tahu, hanya saya yang merasai keadaan itu. Bila ditanya kenapa, memanglah. . Dia kawan saya. :)

Dekat-dekat SPM, ada salah satu kawan kami tidak ke sekolah selama seminggu. Di sanalah cikgu-cikgu mencari dia. Apa tidak? Tiba-tiba menghilangkan diri. Misteri. Sebelum itu pada bulan 9, orang tersebut ada menghantar mesej di fb saya, dia cakap sesuatu yang tidak mungkin saya lakukan. Dia tuduh saya fitnah dia dan cakap sesuatu kepada kawan-kawan perempuan yang lain yang tinggal di asrama. There's no way I can do that. I'm not that type of person. Itu sangat mengganggu saya. Sudahlah ada masalah dengan Olga, dia lagi yang buat saya macam ini. Saya teruskan sahaja. Sehingga jelas yang saya menjauh daripada Olga. Kau ingat lagi kah yang si Nten cakap itu? Saya terus lain-lain sama kau sebab pg kawan dengan dia. Buat apa saya mau larang kan? Hak kau juga.

Lepas itu, saya banyak meluah sama si Sheril dan Fenc. Diorang bermusuhan kerana mulut orang tapi gara-gara saya tidak tahan, saya meluah terus sama diorang. Hilang sikit beban di badan.

Satu hari, cikgu Palidah panggil saya semasa saya masuk bilik guru. Dia tanya kenapa si Richard begitu sama kamu semua. Mula-mula saya cakap pasal dia saja, tapi saya ternangis depan dia. Kau tau bah kan yang saya tidak mudah menangis kerana sesuatu. Tapi disebabkan kau, saya menangis depan orang lain. Sakit hati saya. Mahu luah semua ini sama kau tapi saya takut saya menangis depan kau. Itulah sebabnya saya lebih suka mendengar daripada meluah. Itu boleh menjadikan hati saya menjadi lembik. Macam itu jelly.

Hal kita berlanjutan sehingga birthday saya. Kalau boleh, saya langsung tidak mahu tengok kau bah masa itu. Tapi disebabkan hari bermakna saya, saya sanggup layan kau. Walaupun hati sakit. Dan semasa kau tulis di fb si nana, rasa macam lemah sangat masa itu. Tapi saya tetap tahan. Kerana saya tau lambat laun, kita berpisah juga. Semasa menjawab kimia, saya lupa segala-galanya. Kerana kau saja. Sebelum itu, diorang Tata ada cakap yang kau nangis depan diorang kerana saya. Saya cakap dalam hati, 'buat apa kau menangis kerana saya? Saya bukan best friend kau.' Saya kesian juga tapi saya ada cakap sama Tata yang semua yang saya buat. Dia cakap, bagus kau pg cakap sama dia. Saya balas, 'janganlah.. SPM sekarang. Nanti dia tida belajar'.

Sekarang, saya dalam keadaan sakit. Kalau saya mati awal pun, saya lega dapat meluah di sini. Sangat bermakna untuk persahabatan kita. :) Terima kasih kerana menghantar ini gambar.

Terima kasih kerana menjadi kawan saya.

Maafkan saya sebab saya buat macamtu. Masa saya tulis ini post, saya dengar lagu Imagine Dragon - Demons.

Gamsamnida~

Labels: ,