W E A R E O N E

ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER BLOGSKIN NEWER OLDER +FOLLOW
Annyeonghaseyo
Clara @ Luhan wife - Nineteen - Seoul

Tagboard

BLOG ARCHIVE;


Credits
Template : ArrienAmani
Big Help : E XO-M
Nice View:Google Chrome
Owner: Your Name
Kisah Abah
Posted on Thursday, January 30, 2014 at 8:38 AM | 0 exotic(s)


Hello peeps~

Sediakan tisu sebelum baca 


: Mesej
terakhir seorang ayah kepada anaknya di Facebook..... Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam.  Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya. Ditatap isinya, "Salam. Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah  yang ajarkan. Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu? Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil. Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-
kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya
kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana
tidak gembira anak suka ke sekolah belajar. Bila kamu sekolah menengah.
Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik.
Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu
mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk
asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila
perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu. Abah tahu, naluri remaja. Abah
pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika
di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang
hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan
laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu.
Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih
penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila
kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat
tabung pada kamu sahaja? Hakikatnya, kamu jarang berbicara
dengan abah lagi. Ada pun boleh
dibilang dengan jari. Berjumpa tapi
tak berkata-kata. Sebumbung tapi
seperti tak bersua. Bertegur bila cuma
hari raya. Tanya sepatah, jawab
sepatah. Dileter, kamu tarik muka.
Dimarah, kamu tak balik cuti. Malam
ni, abah sebenarnya rindu sangat
pada kamu. Bukan mahu berleter,
mengungkit atau membangkit. Cuma
abah dah terlalu tua. Abah dah di
hujung 60 an. Kudrat abah tidak
sekuat dulu lagi. Abah tak minta
banyak... Kadang-kadang, abah cuma
mahu kamu berada di sisi abah.
Berbicara tentang hidup kamu.
Luahkan apa yang terpendam dalam
hati kamu. Menangis pada abah.
Mengadu pada abah. Bercerita pada
abah seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curahan
hati abah ini. Jagalah solat. Jagalah
hati. Jagalah iman. Mungkin kamu
tidak punya waktu berbicara dengan
abah. Namun, jangan pula kamu tidak
punya waktu berbicara dengan Tuhan.
Usah letakkan cinta di hati pada
seseorang melebihi cinta kepada
Tuhan. Mungkin kamu terabaikan
abah. Namun jangan kamu
mengabaikan Tuhan. Maafkan abah
atas segalanya." Pemuda menitiskan
air mata. Dalam hati perit tidak
terkira. Mana tidaknya. Tulisan
ayahandanya itu dibaca setelah 3
bulan beliau pergi buat selama-
lamanya. Di saat tidak mungkin lagi
mampu memeluk tubuh tua ayahnya ~



Gamsamnida~