W E A R E O N E

ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER BLOGSKIN NEWER OLDER +FOLLOW
Annyeonghaseyo
Clara @ Luhan wife - Nineteen - Seoul

Tagboard

BLOG ARCHIVE;


Credits
Template : ArrienAmani
Big Help : E XO-M
Nice View:Google Chrome
Owner: Your Name
Info untuk lepasan SPM
Posted on Friday, January 10, 2014 at 2:04 PM | 0 exotic(s)


Hello peeps~



Sangat2lah bosan pada 'FreeDay' ini. Semua blogger offline ke? Bosan teramat ini. =.=
Okay lah. Tiba-tiba rasa menyesal pula tak belajar betul-betul semasa SPM tahun 2013. =.= I wonder if I could reverse the time, oh that's feels good. (U.U)

Sudahlah tak apply matrikulasi, tak berani pula nak apply yang lain padahal mahu sambung belajar. Masalah-masalah. Tapi keputusan SPM belum lagi keluar pada awal-awal tahun 2014 ini. Jadi, boleh-bolehlah merehatkan diri. :) Thanks to some sources that I've read just now. All of you give me an information that very valuable. I'll use it as an information that I can use for the future. :)

Info-info tersebut adalah termasuklah 'perbezaan matrikulasi, asasi dan lain-lain', 'apa itu asasi' dan 'program yang di tawarkan dalam asasi' serta 'universiti yang menawarkan program asasi ini'. Wahh. Akhirnya pengetahuan saya telah bertambah ! *gembira* (hilang suda saraf ini orang=.=)

Okeylah ! Enough blabbering. Biasanya bila hendak melanjutkan pelajaran, pasti ada yang mengalami dilema ini. Ramai yang buntu kerana tidak tahu mana satu nak pilih. Ramai yang tidak tahu apa kelebihan dan kekurangan setiap pilihan. Tapi biasanya ramai yang memilih destinasi pembelajaran atas dasar populariti dan dorongan keluarga, contonhya dapat tawaran Diploma terus nak, sebab mereka merasakan lebih baik dari masuk Tingkatan 6.

Cara terbaik untuk menyelesaikan dilema ini, anda perlu mengikut keperluan, kesesuaian, minat, keupayaan diri sendiri. Lain orang, maka lainlah kesesuaian pilihannya. Anda yang boleh tentukan sebenarnya.Malah bukan itu sahaja, banyak lagi aspek yang perlu diambilkira dalam membuat pilihan ini.

Matrikulasi

Kebaikan

  • Untuk program satu tahun sudah tentu ia menjimatkan masa
  • Persekitaran baru dan kemudahan serta pembelajaran ala universiti
  • Banyak pilihan kursus yang boleh dipohon di Universiti kelak.
  • Bersaing dengan mereka yang mampu mempengaruhi corak pembelajaran yang membina.
Kelemahan
  • Jika jauh dari tempat asal boleh meningkatkan kos hidup walaupun ada biasiswa.
  • Lepas pengajian jika tidak mampu sambung universiti, sijil matrikulasi tidak boleh diguna..terpaksa guna sijil SPM untuk mohon kerja.
  • Agak sukar belajar terutama mereka yang diterima masuk dengan syarat hampir minima.
  • Perlu kerajinan, komitmen tinggi kerana perlu menghabiskan sukatan yang banyak dan pastinya sukar bagi yang malas.

Asasi di IPT

Kebaikan
  • Selepas pengajian mudah dan senang ditawarkan terus ke ijazah ( universiti bekenaan shj, jika keputusan baik )
  • Persekitaran baru dan kemudahan serta pembelajaran universiti
  • Bersaing dengan mereka yang mampu mempengaruhi corak pembelajaran yang membina.

Kelemahan
  • Jika jauh dari tempat asal boleh meningkatkan kos hidup walaupun ada biasiswa.
  • Agak sukar belajar terutama mereka yang diterima masuk dengan syarat hampir minima.
  • Perlu kerajinan, komitmen tinggi kerana perlu menghabiskan sukatan yang banyak dan pastinya sukar bagi yang malas.
  • Kekangan masa

Diploma

Kebaikan
  • Selepas tamat akan dapat diploma yang boleh digunakan untuk memohon kerja.. Kalau jawatan kerajaan biasanya pembantu pegawai. Gaji permulaan sekitar seribu lebih.
  • Persekitaran baru dan kemudahan universiti
  • Pembelajaran yang agak senang ( tidak semua ) kerana masa yang cukup.

Kelemahan
  • Perlu buat pinjaman sekitar belasan ribu lebih untuk pengajian ( yang tidak mampu )
  • Tempoh masa 3 tahun lambat untuk ke ijazah jika berbading dengan matrikulasi, asasi dan Ting 6.

STPM/Tingkatan 6

Kebaikan
  • Masa yang singkat jika dibanding denga diploma
  • Sijil STPM juga hampir setaraf diploma dan ada kelebihan jawatan jika memohon kerja.
  • Jimat kos kerana tempat belajar disekolah hampir dengan rumah. ( keadaan biasa )
  • Ada biasiswa 
  • Lebih senang bagi yang rajin dan pandai mengembangkan isi serta kreatif mengolah jawapan. kecuali aliran sains.
  • Boleh terus mohon Ijazah sarjana muda selepas tamat Tingkatan 6

Kelemahan
  • Persekitaran yang biasa disekolah
  • Jika gagal, terpaksa memilih semula samada mengambil semula STPM, atau memohon Diploma menggunakan SPM/Asasi
  • Lebih potensi bercampur dengan mereka yang cenderung mempengaruhi kearah keburukan.( tidak semua )

Kursus kemahiran

Kebaikan
  • Pilihan terbaik untuk yang tidak berminat dengan akademik, 30% Teori dan 70% praktikal.
  • Belajar sesuatu kemahiran yang berharga dan tak ramai orang lain boleh buat.
  • Boleh digunakan serta sesuai untuk memulakan peniagaan
  • Peluang menjadi usahawan
  • Kebanyakan pusat latihan memberikan elaun bulanan
  • Dapat belajar sambil bekerja.
  • Senang dapat kerja kerana sudah mempunyai pengalaman ( bukan pegawai, tidak memilih kerja )
  • Tahap 4 adalah sama dengan Diploma.
  • Sesetengah Institusi pengajian menawarkan pekerjaan 100% kepada yang layak

Kelemahan

  • Lebih potensi bercampur dengan mereka yang cenderung mempengaruhi kearah keburukan.( tidak semua )
  • Kebanyakannya peringkat sijil dan perlu sambung ke peringkat seterusnya.

INI WAJIB TAHU !


Gamsamnida ~

Labels: , , ,